Tampilkan postingan dengan label sastra indonesia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sastra indonesia. Tampilkan semua postingan

Senin, 05 Maret 2012

MENUGGU HADIRMU


 
Cinta...
Pernahkah kau sadar 
Ada seberkas cahaya kasih 
Yang menerangi kegelapan hatimu
               Cinta...
               Pernahkah kau rasa
               Ada sebuah cinta tulus
               Yang menemani kesunyian hatimu
Telah lama ku pendam rasa ini
Telah lama ku pendam cinta ini
Ku ingin Kau tahu
Ku ingin Kau mengerti
                Ku ingin kau menyambut cinta ini
                Ku ingin kau membalas cinta ini
                Namun cinta yang ku tunggu 
                Tak kunjung datang
Sakit, sakit, dan sakit 
Yang selalu kurasa
Karena cintaku tak terbalas
Dan ku hanya bisa MENGAGUMI TANPA DICINTAI

Kamis, 09 Februari 2012

Cerpen Indonesia

SAHABAT SAYA YANG HILANG 

oleh siti masitoh JANGANLAH berkata kehidupan ini membosankan. Itu salah. Alangkah bagus anda memahami kebosanan itu seperti selalu dilakukan oleh salah seorang sahabat saya yang saya rahsiakan namanya. Saya percaya anda mengerti. Jangan sembarang menulis sesuatu tentang seseorang, yang kita suka atau tidak, kerana natijahnya bukan sembarang juga. Sedang untuk berkata-kata, anda boleh disenaraikan sebagai antara orang yang suka menceritakan hal orang lain. Dosa mengumpat, ya Tuhan, tidak ada tolok bandingnya dengan dosa-dosa memakan daging sahabat anda sendiri. Dan ini bukanlah mesej saya. Anda bacalah tulisan saya ini. Terserah, jika sanggup membaca teruskan, jika tidak, abaikan dan anda dipersilakan mengumpat saya pula sebagai manusia yang membosankan! Tapi tidak sebenarnya. Saya ingin bercerita tentang seorang sahabat saya yang sudah lama tidak bersama. Antara sebabnya saya ini membosankannya. Tetapi yang membosankan sebenarnya dirinya sendiri. Anda tahu, sahabat saya ini suka melakukan sesuatu yang aneh-aneh. Dia seorang kutu buku. Dia juga kutu perempuan. Kutu embun. Kutu kata-kata. Ini menyebabkan saya hairan mengapa dia merasakan dirinya membosankan. Dalam banyak hal yang dilakukannya dia seorang yang ego, bangga diri dan selalu membesar-besarkan dirinya. Sesuatu yang tidak popular, dia boleh mempopularkannya tanpa segan silu. Anda boleh membayangkan seseorang yang tidak segan silu membuka baju di khalayak ramai. Dia suka memamerkan pekung di dadanya! Bukan itu saja. Satu hari di hadapan sebuah surau di kampung kami, sahabat saya ini melakukan sesuatu di luar pengetahuan para kariah kampung. Dia secara tiba-tiba bertenggek sama seperti ayam jantan belaan ayahnya. Dia mengeluarkan beberapa helai kertas dari poketnya seraya menyatakan tujuan dia begitu dan berada di situ. Saya waktu itu tidak sempat berkata apa-apa kerana baru selesai mengaminkan doa imam bersama makmum lain yang betah selesai solat fardhu. Dia sebenarnya sedang membacakan sajak-sajaknya yang baru disiapkannya sebelum solat fardhu magrib. Dia sedang membaca sajak. Ketika itu saya segera beredar dan duduk di perut kenderaan. Saya ingatkan sajak-sajaknya itu menarik. Sebenarnya tidak kerana kegemarannya satu yang tidak saya gemari, walaupun saya antara sahabatnya yang dekat, iaitu mengulang-ulangkan isu yang dibangkitkan. Dia sebenarnya ketandusan idea. Entahlah, pemahaman saya sering tidak menjadi walaupun berusaha. Ketika saya bertanya dia tak pernah memberikan jawapan kecuali dalam baju egonya dia tinggalkan saya seperti patung. Memang betul, dia bukanlah seorang penulis yang baik di kalangan kawan-kawan seangkatan kampung yang ada waktu itu. (Mudah-mudahan dia masih hidup sekarang ini. Saya minta maaf kerana menceritakan kepada pembaca yang sudiman). Sahabat saya ini belum berkahwin sejak perkahwinan tidak menjanjikannya sebuah kebahagiaan. Dia lebih gemar menghabiskan masanya menulis apa saja walaupun selalu mengulang-ulangkan bahan tulisannya. Sebenarnya dia sedikit bijak. Sekiranya anda jarang membaca, anda tak mungkin dapat mengesan bagaimana bijaknya sahabat saya ini sehingga mungkin menarik pembaca menghayati tulisannya. Mungkin berbeza dengan yang lain, saya tetap akan membaca, seperti dalam disiplin pembacaan saya, saya akan mengambil sesuatu yang baik dan mengabaikan sesuatu yang mencurigakan. Kadang-kadang memang membuang masa saja sebenarnya menelaah tulisan sahabat ini. Jika dikata tidak berisi saya pasti sahabat ini hilang sabar. Dia boleh saja mengupah samseng memukul sesiapa saja walaupun mahkamah akhirnya hanya menghukum si samseng itu. Tapi sahabat ini tidaklah segarang itu. Dia malah lebih lembut daripada pondan sebenarnya. Hanya bila dia marah, dia boleh jadi serigala. Bila virus mula menyerang kepalanya, sahabat ini tidak pernah mempedulikan hal orang lain. Sama ada orang suka atau tidak, dia akan melakukan apa yang difikirkan. Saat itu saya pernah membisikkan di telinga ayahnya supaya menghantarkannya ke rumah pemulihan otak! Namun bukan persetujuan saya dengar tetapi tohmahan pula. Rupanya sahabat ini mewarisi penyakit yang diidapi ayahnya! Apa? Bukan gila tetapi hampir kepadanya. Sahabat ini pernah berkata kedewasaan kita sebenarnya dunia yang tolol. Manusia semuanya tolol. Dia berkata penuh semangat di bendang sawah ayah kami. Kami sama-sama menunggang kerbau pembajak. Anda yang membaca tulisan saya ini juga, dia akan katakan tolol kerana tak pernah memahami dirinya. Katanya, saya sudah kehilangan banyak perkara. Saya kehilangan teman hidup yang baik. Saya sering dihimpit oleh derita yang tak kunjung padam. Sambil dideritai penyakit yang tak pernah diceritakannya, sahabat ini hanya berkata, saya sedang nazak sekarang ini. Katanya, saya sudah lama berada di dalam masjid diri. Merafak jemari memohon ampun dari Tuhan. Saya sudah menjadi makmum yang betah. Hanya kerana ingin memohon ampun yang sejati. Saya derita ditinggalkan kekasih! Maaf, katanya, aku sakit sekarang kerana kekasih yang entahlah, katanya lagi, apakah aku sebenarnya bertepuk sebelah tangan. Dia selalu bangun waktu malam dan bercerita dengan alam khususnya embun. Saya sering menjangkakan bahawa akhirnya sahabat ini jadi gila. Mudah-mudahan tidak menjadi dan harapan saya ini sebenarnya menjadi kenyataan apabila dia disahkan normal hanya ada sedikit kecatatan pada otaknya. Mungkin juga, kerana ketika itu saya teringat dia sebenarnya pernah jatuh dari belakang kerbau dan kepalanya terhentak ke tunggul kayu di bendang ayah kami. Doktor kaunseling itu berkata, sahabat saya ini terlalu menderitakan dirinya, bukan dideritakan oleh apa-apa atau oleh sesiapa. Doktor itu berani berkata, sahabat saya ini tolol dan bodoh orangnya. Pada mula saya naik geram juga mendengar keceluparan doktor itu. Tetapi saya memikirkannya semula dan memang ada benarnya. Anda tentu ingat, sahabat saya ini pernah bertenggek di hadapan surau membacakan sajak-sajaknya, bukan? Doktor itu kata sahabat saya ini telah diabaikan begitu lama hingga mengganggu fikirannya. Saya tidak berani berkata begini: mungkin dia digilai oleh sajak-sajaknya yang tidak dilepaskannya beberapa tahun yang lalu. Untuk pengetahuan, sahabat ini sering diabaikan dan ditolak mentah-mentah. Satu anugerah yang sesuai dengan dirinya tidak beri kepadanya. Saya simpati dan pernah mendengar, sahabat ini tidak perlu diberi apa-apa pun kerana dia telah menerima anugerah yang paling wajar dari Tuhan. Kata mereka, dia diberi nafsu yang paling tinggi antara kita! Sekarang rasakan. Saya tak bertujuan menceritakan sungguh-sungguh tetapi memang benar bahawa sahabat saya ini memiliki nafsu yang tak tertara dengan nafsu yang dianugerahi kepada semua mahluk Tuhan. Terutama sekali nafsu amarahnya. Jika tidak kerana ini, saya fikir, dia sudah menjadi wakil rakyat di kawasan kami. Dia boleh mengalahkan wakil rakyat kami yang ada sekarang ini, yang baru setahun jagung menjadi wakil rakyat tetapi sudah mendapat gelaran paling tinggi di sisi masyarakat. Sedang sahabat saya yang sudah menghambakan diri bertahun-tahun tetapi satu apapun tidak diterimanya. Kononnya sahabat saya ini mahu juga digelar sesuatu. Atau sekurang-kurangnya dipilih menjadi wakil para pemikir di Dewan Undangan. Katanya, bukankah bagus kita bersuara lebih sedikit di arena yang mulia itu. Saya hanya tersenyum mendengar seorang tolol berbicara. Tanpa bertujuan mengaibkannya saya menjadi mendengar yang setia. Sahabat ini bukan main gemar sekiranya ceritanya didengar dan malah dipuji. Satu hari beberapa tahun yang lalu, dia amat gembira kerana mendapat pujian. Saya tak mampu bercerita tentang ini kerana boleh menyinggung ramai orang termasuk yang pernah memujinya berlebih-lebihan. Dia pun berkata, bagusnya aku, kerana sekurang-kurang dipuji dan sejarah hidupku dirakam. Katanya pada saya: cuba saudara pilih, sama ada saudara menulis sendiri sejarah hidup saudara atau ada orang yang merakamkan sejarah hidup saudara. Walaupun banyak cerita di situ kosong dan bohong! Bisiknya, apabila menyedari tak sesiapa mendengar dan mengetahui tembelangnya. Sebab itu saya merasakan bahawa suatu pembohongan yang nyatalah jika sahabat itu mengatakan hidupnya membosankan. Berumpankan pengalamannya yang lampau sudah wajarlah bosan bukan sahabatnya. Tetapi memang malang baginya barangkali. Jika bosanlah yang menjadi punca fikirannya celaru, saya ingin menukar pandangan saya terhadap sahabat saya itu. Saya tak mungkin memikirkan tentangnya lagi. Memadailah sebuah kenangan terungkap dan cerita ini tidak akan bersambung bahkan panjang ke mana-mana. Saya ingin ingatkan anda jangan cuba panjang mulut. Jika akhirnya diketahui oleh mindamu atau hatimu atau matamu atau telingamu atau seluruh anggota tubuhmu, tolong musnahkan demi kebaikan anda juga. Agar nanti anda tidak seperti sahabat saya ini sekarang, hilang entah di mana. Selepas peta hidupnya hilang di tengah padang kebebasan, punca hidupnya berpindah randah dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan. Apakah wajar sekiranya kita sependapat dia harus ke tanah haram semula?

Selasa, 24 Januari 2012

cerpen sinderela

Pada suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang dipanggil dengan nama Cinderella. Cinderella hidup bahagia dengan Ibu dan Ayahnya sampai Ibunya meninggal. Merasa bahwa Cinderella membutuhkan gambaran seorang ibu di hidupnya, Ayah Cinderella menikah lagi dengan seorang perempuan yang mempunyai dua anak perempuan kandung.
Sayangnya, Ayah Cinderella meninggal dan dia hanya tinggal dengan saudara-saudara tiri dan ibu tirinya. Mereka sangat suka memerintah, dia harus melakukan semua pekerjaan rumah tangga.
Suatu hari undangan menuju aula datang kepada keluarga itu. Raja mengundang untuk semua wanita yang dapat dipilih di dalam kerajaan untuk mencarikan Pangeran seorang isteri. Saudara – saudara tirinya tidak mengijinkan dia pergi. Cinderella sedih. Saudara – saudara tirinya pergi ke aula itu tanpa dia.
Untungnya, Ibu Peri datang dan membantunya untuk datang ke aula dengan bantuan lambaian tongkat ajaib, yang membantu Cinderella menyiapkan diri untuk pergi ke aula itu. Ibu Peri memperingatkannya sihir itu akan berakhir dengan segera pada tengah malam, maka dia harus meninggalkan aula sebelum itu.
Di aula semua orang-orang kagum ketika Cinderella tiba. Kemudian Pangeran mengajak Cinderella untuk menari. Ia jatuh cinta kepadanya. Tanpa disadari, bintang jam untuk menunjukkan itu adalah tengah malam. Cinderella dengan tergesa-gesa berlari pergi menjatuhkan salah satu sepatu kaca yang dipakainya. Cinderella bebas, tidak ada apapun yang tertinggal dari malam itu, kecuali salah satu sepatu kaca, yang tidak berubah bentuk.
Pangeran memerintah agar cintanya ditemukan dengan menggunakan petunjuk sepatu yang aneh, dan Adipati dikirim di wilayah sekitar untuk menemui setiap anak perempuan di dalam wilayah untuk mencoba memakai sepatu kaca itu dan melihat jika itu sesuai.
Secepatnya Adipati menjangkau tempat kediaman Cinderella, tetapi dia tidak terlihat dimanapun. Para saudara perempuan tirinya yang dengan kebingungan mencoba sepatu kaca itu agar cocok supaya mendapatkan sayembara pernikahan itu, tetapi tidak ada dari mereka yang cocok. Adipati baru akan meninggalkan tempat ketika Cinderella yang akhirnya nampak. Ia meminta pesuruh untuk mengeluarkan sepatu kaca itu, namun ibu tiri di suatu detik terakhir mencoba untuk mencegah, anak tiri perempuannya dari berbagai hal lebih baik, menyebabkan pesuruh jatuh ketika berjalan, dengan begitu hancurlah sepatu yang mudah pecah menjadi berkeping - keping. Namun perempuan yang angkuh tidak pernah menyangka bahwa Cinderella mengeluarkan sepatu kaca lainnya, yang sesuai dengan ke kaki Cinderella dengan sempurna.
Segera, lonceng perkawinan berbunyi, Cinderella menikah dengan pangerannya, dan mereka hidup dengan bahagia selama - lamanya. 

from : http://chillachindiza.blogspot.com/2010/03/narrative-cinderella-story-english.html